Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Pameran Semangat Budo : Sejarah Seni Mempertahankan Diri Jepun The Spirit of Budo : The History of Japan's Martial Arts

​23 Januari 2020 - Muzium Teknologi Melayu, Kota Batu.  Majlis perasmian pameran' Semangat Budo : Sejarah Seni Mempertahankan Diri Jepun' telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Acara dimulakan dengan ucapan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Eji Yamamoto yang memperkenalkan tentang seni mempertahankan diri Jepun dan sejarah mengenainya.

Antara yang dipamerkan ialah pedang, peralatan memanah dan pelbagai jenis topi (helmet).

Pameran Semangat Budo : Sejarah Seni Mempertahankan Diri Jepun merupakan pameran kerjasama antara Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kedutaan Besar Jepun ke Negara Brunei Darussalam dan Yayasan Jepun.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan pameran ini sehingga 16 Februari 2020. Waktu lawatan ialah antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Jumaat, akan tutup sementara antara 11.30 pagi hingga 2.30 petang. 

Masuk adalah percuma. 



23 January 2020 - Muzium Teknologi Melayu, Kota Batu. The launching of the 'Spirit of Budo : The History of Japan's Martial Arts' exhibition by the Minister of Culture, Youth and Sports.

His Excellency Mr Eji Yamamoto gave a brief speech on the history of Japan's martial arts and.  Some of the exbited items include swords, arrows and bows and various types of helmets.

The Spririt of Budo is a an exhibition brought together by the Museums Department, Japanese Embassy in Brunei Darussalam and Japan Foundation. 

The exhibition is opened until 16 February 2020. Visiting hours are from 9am to 5pm except Fridays, the museum is closed between 11.30am to 2.30pm.

Free entry.






Attachments
Created at 1/24/2020 11:57 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 1/31/2020 8:41 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar