Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPenerangan Logo

logo.gif
Menggambarkan beberapa buah motif yang digunakan di atas duit syiling Brunei lama iaitu dipanggil Pitis. Lambang-lambang yang disertakan dalam logo tersebut termasuklah

  • Panji-panji yang digunakan semasa pemerintahan Sultan Abdul Momin (1852-1885M).
  • Payong dan bendera Diraja sebagai salah satu alat kebesaran Diraja.
  • Sayap yang mempunyai 4 helai/lembar bulu, melambangkan penjagaan keadilan, 
  • ketenteraman, kemajuan dan keamanan ke atas negara.
  • Lambang-lambang lain yang digambarkan termasuklah ukiran-ukiran flora yang sering dilihat terdapat di dalam hasil kerja tangan tembaga dan perak tempatan, seperti daun lukut, bunga cangkeh, akar, daun setampik, bunga paip dan bunga keramunting. Lambang-lambang ini dirangkumi oleh garis bulat yang mengandungi 32 garisan. Nama Muzium Brunei ditulis menggunakan tulisan jawi dan diletakkan di bahagian atas, sementara tulisan rumi diletakkan di bahagian bawah logo ini.