12-19 September 2024M/8-15 Rabiulawal 1446H
Bersempena dengan persediaan bagi Pertandingan Permainan Tradisi Pasang Bagi Sekolah-Sekolah Menengah Senegara Bagi Tahun 2024 yang akan diadakan pada hujung bulan ini, Jabatan Muzium-Muzium melalui Bahagian Pembelajaran dan Penerbitan telah mengadakan bengkel bagi permainan tradisi tersebut.
Bengkel diadakan bertujuan untuk memberikan tunjukajar, demonstrasi beserta latihan bagi peserta-peserta dari sekolah-sekolah yang akan turut serta didalam pertandingan tersebut. Bengkel diadakan pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat berikut:
TARIKH | TEMPAT |
Khamis, 12 September 2024
| Pusat Belia, Tutong
|
Sabtu, 14 September 2024
| Muzium Daerah Belait, Jalan Maulana, Kuala Belait
|
Rabu- Khamis 18-19 September 2024
| Muzium Maritim Brunei Darussalam, Kota Batu, Brunei-Muara
|
Bengkel dikelokakan di berlainan daerah dengan sasaran untuk memudahkan sekolah-sekolah yang menyertai untuk mengikuti bengkel tersebut di daerah masing-masing. Para peserta diberikan penerangan mengenai permainan tersebut, pemberigaan mengenai syarat-syarat pertandingan, demonstrasi, tunjuk ajar dan seterusnya latihan.
Pertandingan Permainan Tradisi Pasang bagi Sekolah-Sekolah Menengah Senegara ini akan diadakan pada Sabtu, 28 September 2024 di Dewan DiGadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
In conjunction with the preparations for the 2024 National Secondary Schools Pasang Traditional Game Competition which will be held at the end of this month, the Museums Department through the Education and Publishing Division has held a workshop for the traditional game.
The workshop was held with the aim of providing tutorial, demonstration and training for participants from schools who will participate in the competition. The workshops were held on the following dates and venues:
DATE | VENUE |
Thursday, 12 September 2024 | Youth Centre, Tutong |
Saturday, 14 September 2024 | Belait District Museum, Jalan Maulana, Kuala Belait |
Wednesday-Thursday 18-19 September 2024 | Brunei Darussalam Maritime Museum, Kota Batu, Brunei-Muara |
The workshops were held in different districts to ease participating schools to attend the workshops in their respective districts. The participants were given an explanation about the game, an explanation of the conditions of the competition, demonstrations, tutorial and followed by a practical.
The Pasang Traditional Game Competition for National Secondary Schools will be held on Saturday, 28 September 2024 at the DiGadong Hall, Ministry of Culture, Youth and Sports.