23 Jun 2024 / 16 Zulhijjah 1445
Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta rombongan mengadakan lawatan pada hari Ahad, 23 Jun 2024 ke Muzium Alat Kebesaran Diraja di sebelah petang.
Turut mengiringi Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha selaku Menteri Pengiring.
Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan rombongan ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan. Turut hadir Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus.
Tuan Yang Terutama menandatangani buku lawatan, menerima cenderamata dan diikuti dengan sesi bergambar ramai.