25 Mei 2024 / 16 Zulkaedah 1445
Siri Arkeologi sesi pertama bersempena Pameran Manik: 1000 Tahun diadakan pada pagi tadi. Pembentang bagi sesi ini adalah Yang Mulia Dr. Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Ahli Lembaga Muzium dan Yang Mulia Dayang Aminah binti Haji Majid, Ketua Pegawai Arkib.
Yang Mulia Dr. Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, di dalam pembentangannya yang bertajuk 'Manik Dari Kapal Karam: Satu Kajian Perbandingan' menyatakan peranan penting manik di dalam kehidupan masyarakat di mana ianya selalu digunakan sebagai aksesori dan juga hiasan pada pakaian khususnya golongan wanita sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Manakala, Yang Mulia Dayang Aminah binti Haji Majid, di dalam pembentangannya yang bertajuk 'Manik Purba: Kajian Pelayaran dan Perdagangan Asia Tenggara' pula menekankan beberapa titik tapak kapal karam di sekitar Asia Tenggara yang ada menemukan bahan artifak manik.
Pegawai dan kakitangan yang hadir juga berkesempatan untuk membuat aksesori yang bersumberkan daripada manik.