Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Hari Terbuka Muzium Alat Kebesaran Diraja

‚ÄčNovember 2022 - Muzium Alat Kebesaran Diraja meriah dengan lawatan penuntut-penuntut sekolah menengah dan murid-murid sekolah rendah yang dijemput untuk mengikuti aktiviti sempena 30 tahun pembukaan Muzium Alat Kebesaran Diraja. 

Aktiviti diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu sepanjang bulan November,  sebelah pagi.

Antara aktiviti yang disediakan ialah lawatan berpandu ke galeri-galeri, menjawab soalan kuiz, mewarna, menambat dastar dan menapih sinjang dan belajar permainan tradisi Pasang.

Lebih dari 1,000 penyertaan penuntut dan murid-murid yang dijemput untuk mengikuti hari terbuka terdiri dari sekolah-sekolah seluruh negara. 

Hari Terbuka MAKD.jpeg


Attachments
Created at 11/26/2022 10:46 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 11/26/2022 10:46 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar