Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Taklimat Digital Visual Imej sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2019

Sabtu, 6 Julai 2019 - Hari Arkib Antarabangsa disambut setiap tahun pada 09 Jun dengan tema pada tahun ini “Designing the Archives in the 21st century”.  Sempena sambutan ini, sebuah taklimat umum telah dianjurkan oleh Arkib Negara Brunei Darussalam (ANBD), Jabatan Muzium-Muzium dengan kerjasama Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam (PFNBD) mengenai digital visual imej dan penggunaan teknologi fotografi diadakan pada 06 Julai 2019 bertempat di Teater PM Sharifuddin, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam, Jalan Dewan Majlis. 

Dua orang penyampai daripada PFNBD telah dijemput untuk menyampaikan taklimat berkenaan iaitu Yang Mulia Awang Haji Kahan bin Haji Nasir, Naib Yang Di-Pertua PFNBD dan Yang Mulia Pengiran Haji Sulaiman bin Pengiran Mat Salleh, Penolong Setiausaha Agung 1 PFNBD.

Seramai 62 peserta telah hadir pada taklimat berkenaan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium, guru-guru dan penuntut sekolah menengah yang dijemput.

Secara umumnya, digital visual imej yang dihasilkan melalui fotografi sememangnya cukup penting kerana selain berupaya untuk dijadikan sebagai imbasan kenangan, ianya juga dapat dijadikan sebagai satu bahan bukti dalam memberikan sokongan terhadap sesuatu keterangan atau peristiwa.

Digital visual imej juga dapat memperlihatkan sejauh mana perkembangan, evolusi, pembangunan yang dianggap cukup signifikan dalam merealisasikan penerangan terhadap sesuatu perkara.

Dari situ, Arkib Negara Brunei Darussalam yang berperanan untuk menyimpan bahan rekod-rekod termasuk gambar juga mengambil kira akan kepentingan dalam penyimpanan imej gambar dengan tatacara yang betul di samping penerapan konsep digital selaras dengan teknologi yang digunakan pada abad ke-21 agar ia dapat dijadikan sebagai bahan sumber rujukan secara berpanjangan.

Selain taklimat, satu mini pameran profil fotografi juga diadakan di ruang legar Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam yang mempamerkan sebanyak 24 buah hasil-hasil fotografi daripada ahli-ahli PFNBD. Pameran berkenaan dibukakan kepada orang ramai selama seminggu bermula 06 Julai 2019 hingga 13 Julai 2019.

HAA2019.jpeg

HAA 2019.jpeg



Attachments
Created at 7/7/2019 9:15 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 7/8/2019 8:36 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar