Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Pameran Lukisan Terapi Biru 'Blue Therapy'

Isnin, 24 Jun 2019 - Sebuah pameran seni lukis solo bertajuk 'Blue Therapy' hasil karya Awang Haji Mahadi bin Haji Mat Zain telah dilancarkan hari ini oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Awang Haji Mahadi bin Haji Mat Zain atau lebih dikenali sebagai Adizain mempamerkan sebanyak 40 hasil karya lukisan yang bertemakan ketenangan alam semulajadi termasuk beberapa hasil karya khat jawi. 

Objektif pameran ini ialah untuk memberikan para pengunjung pengalaman untuk menangani emosi dan ketenangan fikiran dan disamping itu bertujuan untuk meberikan inspirasi serta motivasi kepada generasi muda negara.


Attachments
Created at 6/25/2019 11:15 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 6/25/2019 11:15 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar