Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksArkib Negara Brunei Darussalam (ANBD)

ANBD.jpeg​​​

Arkib Negara Brunei Darussalam ditubuhkan pada tahun 1977 di bawah peruntukan dan pentadbiran Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Peranan Arkib Negara adalah dalam memindah, menyimpan, memelihara rekod awam berbentuk sumber prima seperti dokumen, rakaman dan rekod eletronik secara kekal dan menyediakan kemudahan bagi rujukan dan penyelidikan.


Terletak di Jalan Dewan Majlis, Bangunan Arkib Negara dirasmikan pada tahun 1997. Perkhidmatan yang disediakan termasuk khidmat nasihat pengurusan rekod, khidmat pandu cari rekod Arkib, khidmat rujukan bagi penyelidikan bahan rekod awam dan khidmat penyalinan semula rekod awam.


Fasiliti penyelidikan disediakan untuk orang awam dan penyelidik. 


Terdapat tujuh unit yang beroperasi di bawah Arkib Negara Brunei Darussalam dalam mengurus, menyimpan serta memelihara rekod-rekod:

Pengurusan Rekod

·     Unit Pusat Rekod

·     Unit Audio-Visual dan Galeri

Pentadbiran Arkib

·     Unit Perolehan dan Teknologi Maklumat

·     Unit Penyelidikan dan Perkhidmatan Pelanggan

·     Unit Sejarah Lisan

 

Pentadbiran Am

·     Unit Pentadbiran

·     Unit Perancangan dan Pembangunan

 

Koleksi rekod Arkib Negara Brunei Darussalam termasuk:

·     Rekod-rekod awam

·     Surat khabar

·     Keratan akhbar

·     Surat perjanjian

·     Manuskrip

·     Gambar

·     Bahan Kartografi (peta dan pelan)

·     Bahan audio-visual

 

MISI

“Menjadi pusat sumber maklumat dan sumber penyelidikan negara dalam mengumpul, mengenalpasti dan memelihara rekod-rekod kerajaan dan awam yang mengandungi nilai-nilai sejarah, kebangsaan dan abadi sebagai ristaan untuk generasi dan warga Negara Brunei Darussalam”


THE NATIONAL ARCHIVES OF BRUNEI DARUSSALAM 

The National Archives of Brunei Darussalam was established in 1977, under the provision and administration of department of Museums, Ministry of Culture, Youth and Sports. 

The role of the National Archives is to transfer, stored, protect primary source such as public records and permanent recordings as well as providing facilities for reference and research.

Located on Jalan Dewan Majlis, National Archives building was formally open in 1997. The National Archives provide services such as consultation of records management, search of Archive records and references for research on public records. 

Research facilities are provided for public and researchers.

The collections available at the National Archives includes:

• Public Records

• Newspaper

• Newspaper clippings 

• Agreement letters 

• Manuscripts 

• Photographs 

• Cartographic materials (maps and plans)

• Audio-visual materials

MISSION

“ To be a resource and research center for Brunei; identifying and preserving records that are of historical and national importance for the future”








Waktu Operasi
Isnin - Khamis dan Sabtu 
8.00 a.m -  12.00 tengah hari
1.45 p.m - 4.15 p.m

(Bulan Ramadhan)
Isnin - Khamis dan Sabtu 
8.15 a.m -  1.45 p.m.




Alamat :

Arkib Negara Brunei Darussalam
Jalan Dewan Majlis
Bandar Seri Begawan, BB3910
Negara Brunei Darussalam

No Telefon : 2381672
Faks : 2384371
e-mel : arkibrunei@muzium.gov.bn